Monday 14 September 2015

RAYA KORBAN

Menyembelih Korban
Korban atau udhiyah bermaksud menyembelih haiwan tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu, kerbau, biri-biri dan kambing.
Dalam bahasa Arab, Udhhiyyah. Idhhiyyah, Dhahiyyah, Dhihiyyah, Adhhat, Idhhat, bererti haiwan yang disembelih dengan tujuan taqarrub kepada ALLAH pada hari Aidiladha sampai akhir hari-hari Tasyrik.
Firman Allah:

فَصَلِّ لِرَ‌بِّكَ وَانْحَرْ‌ ﴿٢

“Oleh itu, solatlah kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)..”  Surah Al-Kautsar: 2.

Sunday 13 September 2015

Pengenalan Panitia Pendidikan Islam Sk Tampios


Laman web Panitia Pendidikan Islam Sk Tampios diwujudkan untuk menjadi pusat rujukan berkaitan Pendidikan Islam di samping menyalurkan pelbagai bahan yang berkaitan dengan subjek Pendidikan Islam di sekolah.  Ahlan wa sahlan.